• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tembok Besar China Kuantan’ Untuk Lindungi Aset, Keselamatan Pekerja

oleh
01/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Faktor keselamatan dijadikan alasan bagi pengendali Taman Perindustrian Kuantan Malaysia China (MCKIP) mendirikan tembok sepanjang sembilan kilometer mengelilingi kompleks itu ala Tembok Besar China.

Timbalan Komander Projek syarikat tersebut Steve Hu berkata tembok kontroversi itu, hanya bertujuan melindungi aset bernilai tinggi dan menjaga keselamatan pekerja Alliane Steel (M) Sdn Bhd.

Beliau mendakwa tembok itu tidak mempunyai motif tersembunyi melainkan umpama pagar di rumah kediaman sahaja.

Beliau berkata demikian sebabgai mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilaporkan mahu supaya tembok yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai “Tembok Besar China Kuantan” itu dirobohkan.

“Taman industri itu bukan negara asing, ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk bukan perkara yang seharusnya dilakukan,” kata Dr Mahathir.

“Kami sangat berharap tembok itu tidak perlu dirobohkan kerana ia penting dalam melancarkan operasi kami. Ia untuk melindungi harta benda di dalam kilang yang mahal memandangkan ada mesin beroperasi beterusan secara automatik dan ada kalanya tanpa kawalan manusia,” kata Hu kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kebangsaaan Malaysia di premis kilang itu.

Selain itu, Hu berkata tembok tersebut juga adalah untuk menjaga keselamatan pekerja selain mengelakkan binatang buas masuk ke dalam kilang memandangkan lokasinya yang hampir dengan hutan.

Beliau tidak menolak kemungkinan persepsi negatif terhadap syarikat itu disebabkan kesilapan mereka sendiri dalam menjalin hubungan dengan masyarakat setempat atau mempromosi pendirian sebenar syarikat. “Kami akui kesilapan itu dan sedang berusaha untuk menjalin hubungan erat dengan masyarakat setempat, termasuk menganjurkan pelbagai program berkaitan perayaan di Malaysia seperti sambutan Hari Kebangsaan ini.

“Kami berada di sini dan menghormati budaya Malaysia serta mencuba sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri…malah kebajikan pekerja tempatan juga dijaga sebaik mungkin termasuk menyediakan surau, kantin dengan makanan halal dan hostel pekerja,” katanya.

Hu menambah pihaknya juga menitik beratkan usaha melatih pekerja tempatan bagi meningkatkan kemahiran sekali gus melayakkan mereka mengisi jawatan tertinggi dalam pengurusan syarikat pada masa hadapan. – BERNAMA

Tags: MCKIP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dulu Maki MCKIP, Sekarang Puji Macam PH Usahakan”

21/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak henti-henti memuji projek Taman Perindustrian Malaysia-China...

Dua Pelabur China Berminat Buka Operasi Di MCKIP

11/09/2018
0

NANNING - Minat pelabur China untuk melabur di Malaysia terus meningkat dengan dua lagi syarikat menunjukkan minat untuk membuka operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd