• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Kurang Pengalaman Punca Kelantan Gagal Jaring Gol

oleh
01/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penyerang kurang berpengalaman antara faktor Kelantan gagal manfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila sekadar memperoleh keputusan seri 0-0 pada aksi Piala Malaysia peringkat kumpulan C menentang MISC-MIFA di Stadium Sultan Muhammad lV malam tadi.

Ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah berkata walaupun pasukannya menguasai perlawanan dengan mencipta banyak peluang menghasilkan gol, namun kekurangan pengalaman penyerang menjadi penghalang untuk mereka menjaringkan gol.

“Pemain yang kurang pengalaman membataskan keinginan pasukan untuk menang pada malam ini, kami sepatutnya ada jaringan seawal minit perlawanan, namun gagal diterjemahkan oleh penyerang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut malam tadi.

Setelah mengharungi lima perlawanan peringkat kumpulan C, Kelantan berada pada kedudukan tercorot dengan hanya satu kemenangan, dua seri dan dua kekalahan, sekali gus mengumpul lima mata dan perlu menang menentang Kedah pada perlawanan akhir bagi menghitung nasib untuk layak ke suku akhir.

Bagaimanapun Yusri berkata keseluruhan pemain menunjuk komitmen dan disiplin tinggi pada perlawanan tersebut.

“Saya tahu semua penyokong dan pihak pengurusan dahagakan jaringan, saya harap perlawanan terakhir nanti (bertemu Kedah) penyerang kami lebih bermotivasi dan cuba akhiri perlawanan itu dengan keputusan tiga mata penuh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji barisan pertahanannya yang bekerja keras mengelakkan gawang daripada dibolosi.

“Walaupun masih ada ruang dan peluang untuk Kelantan mendapat tempat ke peringkat seterusnya, namun saya tidak suka mengharap kepada pasukan lain (bergantung nasib). Saya mahu pemain saya lakukan sesuatu yang dapat membantu pasukan melangkah ke slot itu dengan selesa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd