• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Tembak Rakan Sekerja Diburu Polis

oleh
01/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Seorang pengawal keselamatan Orang Asli ditemukan maut ditembak rakan sekerja di balai pengawal sebuah kilang ubat di Taman Farmasi di Seri Iskandar, di sini, malam tadi.

Mangsa, Masri Anak Pandak, 37, dijumpai terbaring dengan kesan tembakan pada dada dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol dari jarak dekat kira-kira 8 malam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada 8.25 malam daripada seorang lagi rakan setugas mangsa.

Katanya semasa kejadian mangsa bertugas bersama pengadu dan suspek yang kini sudah menghilangkan diri selepas kejadian menjadi suspek utama dalam insiden itu.

“Polis kini sedang mengesan suspek untuk kita rekodkan keterangan dan menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Mohamad Zainal berkata pihaknya turut menemukan satu kelongsong dan satu anak peluru di lokasi kejadian.

Katanya suspek yang berumur 52 tahun itu telah bekerja di kilang tersebut sejak 2012 dan mempunyai satu rekod jenayah lampau melibatkan kes curi, manakala mangsa yang telah bekerja hampir tiga tahun tidak mempunyai rekod jenayah.

“Setakat ini kita sudah mengambil keterangan semua pengawal kilang itu dan hasil siasatan awal kejadian mungkin berlaku disebabkan masalah peribadi, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenarnya,” katanya.

Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kilang itu bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Insiden Tembakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di Los Angeles Meninggal Dunia

24/01/2023
0

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor...

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Walmart Virginia

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Walmart Virginia

23/11/2022
0

VIRGINIA: Satu insiden tembakan berlaku di pasar raya Walmart di Chesapeake, di sini menyaksikan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan sejumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd