• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tebus Kecewa Tewaskan JDT 3-1

oleh
01/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedah berjaya menebus kekecewaan terhadap juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mencatat ke​​​​​​menangan 3-1 pada perlawanan kelima Kumpulan C saingan berkenaan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Seawal perlawanan, JDT memulakan serangan menerusi cubaan Aidil Zafuan Abd Radzak, namun gagal membolosi gawang tuan rumah, sebaliknya Kedah berjaya menjaringkan gol pertama menerusi rembatan pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva pada minit kelima permainan, hasil hantaran Baddrol Bakhtiar.

JDT berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-13, namun percubaan mereka berjaya disekat, sebelum pemain import skuad Harimau Selatan dari Argentina, Fernando Andres Marquez akhirnya berjaya membolosi pintu gol Kedah pada minit ke-36​.

Bersambung ​​​​​​​babak kedua, anak buah pemangku jurulatih Kedah, Azzmi Aziz terus mengasak pintu gol pasukan lawan dan berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-46 menerusi Muhammad Akhyar Rashid.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT bangkit melancarkan serangan untuk mendapatkan gol penyamaan, namun usaha mereka buntu terutama selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Marcos Antonio dilayangkan kad merah kerana mengasari penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid pada minit ke-88.

Kelebihan itu tidak disia-siakan Kedah apabila menambah satu lagi gol menerusi pemain import, Liridon Krasniqi pada minit akhir permainan babak kedua untuk kedudukan kekal ​​​​​​​3-1 sehingga wisel penamat.

Untuk rekod, JDT menang ke atas Kedah pada final Piala Malaysia 2017.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila seri tanpa jaringan menentang MIFA di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

Pasukan kendalian Yusri Che Lah itu pada awalnya menguasai perlawanan dengan memperoleh ​​​​​​​peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ke-11 dan ke-45, namun gagal disudahkan penyerang pasukan tuan rumah.

MIFA turut berpeluang berada di hadapan pada minit ke-35, namun percubaan mereka berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Mohamad Faridzuean Kamaruddin.

Walaupun seri, MIFA kekal sebagai pendahulu Kumpulan C dengan mengumpul lapan mata bersama-sama Kedah namun berkelebihan dengan perbezaan jaringan.

Sementara, JDT di tempat ketiga dengan kutipan enam mata manakala Kelantan menghuni tangga tercorot selepas hanya mengumpul lima mata, selepas lima daripada keseluruhan enam perlawanan peringkat kumpulan. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd