• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Pelajar Sekolah Agama Dijangkiti Beguk Stabil

oleh
31/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan 21 pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah agama di Ipoh, Perak yang dijangkiti wabak beguk pada Rabu lepas, disahkan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian wabak itu, melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.

“Kejadian itu membabitkan 21 pelajar lelaki berusia antara 13 dan 17 tahun daripada sejumlah 660 pelajar dan kakitangan yang terdedah dengan wabak tersebut. Semua kes adalah stabil dan diberi rawatan sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wabak disebabkan jangkitan virus Paramyxovirus itu boleh mengakibatkan pesakit mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan sakit serta bengkak kelenjar air liur.

Beliau berkata boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur, serta sentuhan dengan objek tercemar, namun pesakit boleh sembuh sepenuhnya tanpa komplikasi selepas tempoh dua hingga tiga minggu, katanya.

Dr Noor Hisham berkata imunisasi beguk diberikan dalam bentuk vaksin tiga serangkai, iaitu Measles-Mumps-Rubella (MMR), sejak 2002.

“Berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan terkini mulai April 2016, vaksin ini diberikan sebanyak dua kali iaitu dos 1 pada usia sembilan bulan, manakala dos 2 pada usia satu tahun,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar pesakit beguk diasingkan dan tidak berkunjung ke tempat awam bagi mengelak jangkitan merebak, selain segera mendapatkan rawatan awal. – BERNAMA

Tags: Beguk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tutup Sekolah Elak Wabak Beguk Berterusan – KKM

26/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Penutupan dua sekolah di Selangor berikutan jangkitan wabak beguk antara kaedah mengelakkan jangkitan terus berlaku, kata ​​​​​​​Ketua...

Wabak Beguk: 2 Sekolah Di Selangor Ditutup Sementara

25/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd