• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Rampas 280 Jenis Ubat Tak Berdaftar Didalangi Warga Bangladesh

oleh
01/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 280 jenis ubat tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM200,000 daripada premis yang dikendalikan oleh warga Bangladesh di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata, ubat-ubatan itu yang dirampas dalam serbuan pada Rabu disyaki mempunyai racun berjadual seperti ubat antibiotik (Cefuroxime), ubat tahan sakit (injeksi Tramadol) dan ubat penenang (injeksi Diazepam).

Beliau berkata serbuan dilakukan susulan pendedahan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia pada 23 Ogos lalu mengenai sindiket penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar didalangi warga Bangladesh di Jalan Tun Tan Siew Sin.

Siasatan awal KKM mendapati wujudnya 10 premis disyaki digunakan untuk menjual ubat-ubatan tidak berdaftar kepada warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin di mana di premis-premis berkenaan pernah diserbu pada 2016 dan 2017, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya di bawah Pelan Strategik Program Farmasi 2017-2020, Jalan Tun Tan Siew Sin yang dahulunya dikenali sebagai Silang merupakan satu daripada 80 kawasan panas yang didapati menjual produk ubat tidak berdaftar dan pihak Kementerian menyasarkan untuk membanteras kegiatan itu menjelang 2020.

Dr Noor Hisham berkata pihak Kementerian turut giat menjalankan pemantauan secara berterusan dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia bagi membanteras penjualan produk tidak berdaftar terutamanya ubat-ubatan.

Individu yang didapati bersalah menjual ubat tidak berdaftar boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan berikutnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan produk-produk yang dibeli mematuhi keperluan undang-undang dan berdaftar dengan KKM.

Orang ramai boleh mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat mengenai produk yang meragukan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM di http://www.pharmacy.gov.my, ataupun kepada Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my atau di talian 03-78413200. – BERNAMA

Tags: KKMubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd