• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Didakwa Rogol Pelajar Universiti

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tahun pertama jurusan pengajian Bahasa Arab di sebuah universiti di Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang pelajar universiti awam, tahun lepas.

Muhammad Aiman Mohammad Dawami, 22, didakwa merogol wanita berumur 18 tahun di dalam kereta di tempat letak kenderaan dalam kawasan di sebuah universiti di sini pada 11 malam, 13 Julai 2017.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni tidak menawarkan jaminan namun ibu kepada Muhammad Aiman yang merupakan penjamin kepada anaknya merayu jaminan rendah dengan alasan dia tidak bekerja serta tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi dan suaminya yang bekerja sebagai seorang guru perlu menanggung anak-anak yang masih bersekolah.

Hakim Noradura Hamzah membenarkan Muhammad Aiman diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 12 Sept untuk sebutan kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes rogolpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd