• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Warga Vietnam Geng Tebuk Ditembak Mati

oleh Ahmad Albab
30/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam dipercayai anggota Geng Tebuk yang menjadi buruan kerana terlibat dengan kegiatan pecah masuk gudang dan pasar raya. untuk menebuk peti simpanan wang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata kesemua penjenayah lelaki berumur 20 hingga 30 tahun itu maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Kilometer 19.2, Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE) berhampiran Plaza Tol Lunas kira-kira 4.40 pagi tadi.

Beliau berkata ketika itu beberapa anggotanya sedang membuat rondaan di kawasan Batu 7 ½ di Padang Serai sebelum melihat sebuah kenderaan jenis Proton Saga dinaiki empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan kita mengekori kenderaan tersebut, namun mereka bertindak memecut laju dan setelah memperkenalkan diri sebagai polis mereka kemudian berhenti di lokasi kejadian sebelum seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah anggota polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, malah ada antara penjenayah terbabit turut memegang parang dan keadaan itu katanya menyebabkan polis terpaksa bertindak balas dengan menembak kesemua empat mereka.

Bagaimanapun tiada anggota polis yang cedera dalam insiden itu dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaaan, pihaknya menemukan sepucuk pistol dan dua bilah parang milik penjenayah terbabit.

Awal Julai lepas polis memaklumkan bahawa Geng Tebuk itu yang sebelum ini aktif di kawasan selatan tanah air, telah melakukan kegiatan tersebut di negeri ini membabitkan jumlah kerugian kira-kira RM100,000 dengan wang rompakan turut dipindahkan ke Vietnam.

Empat daripadanya sudah didakwa di Mahkamah Majistret Jitra baru-baru ini. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: penjenayahwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd