• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBNJ Ucap Terima Kasih Kepada Bangkok Glass

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bangkok Glass kerana memberi sambutan mesra kepada pemain dan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) malam tadi.

PBNJ dalam satu kenyataan berkata, PBNJ turut mengucapkan tahniah kepada pasukan dari Thailand itu yang menewaskan Harimau Selatan dengan jaringan 3-0 pada aksi malam tadi.

“Tahniah diucapkan kepada Bangkok Glass atas kemenangan malam tadi. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bangkok Glass dan para penyokong mereka atas sambutan mesra yang diberikan kepada pasukan dan para penyokong Johor yang telah bertandang ke ke sana.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Bangkok Glass dalam perlawanan-perlawanan Liga Juara-juara Asia (ACL) yang akan datang. Terima kasih,” kata kenyataan itu hari ini.

Media hari ini melaporkan hasrat JDT untuk bersaing dalam Liga Juara-juara Asia (ACL) tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada Bangkok Glass dalam kelayakan peringkat kedua di Stadium ­Thanyaburi, Pathum Thani semalam.

Bangkok Glass yang merupakan juara Piala FA Thailand, membuka jaringan menerusi pemain sayap kanan, Narong Jansawek pada minit ke-28, sebelum pe­nyerang dari Namibia, Lazarus Kaimbi menambah dua gol pada minit ke-51 dan 61 bagi menempah pertemuan dengan kelab China, Beijing Guoan dalam kelayakan ketiga.

Dalam aksi tersebut, JDT bagaimanapun menurunkan ramai pemain simpanan seperti Mohd. Daudsu Jamaluddin, Jasazrin Jamaluddin dan Mohd. Shakir Shaari yang ternyata gagal memberi tentangan sengit. – mynewshub.cc

Tags: PBNJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Stadium Kedah Lawat Stadium Larkin

24/01/2016
0

KUALA LUMPUR - Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor menerima lawatan rasmi daripada Perbadanan Stadium Kedah...

JDT Akui Musim Depan Laluan Berliku

29/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakui pasukan itu bakal berhadapan cabaran getir untuk mengekalkan kejuaraannya pada musim depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd