• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chua Soi Lek Bertanding Jawatan Presiden MCA?

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Spekulasi yang bertiup kencang bahawa veteran MCA, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek akan mencabar Datuk Seri Dr. Wee Ka Sion bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti November ini semakin nyata apabila beliau menghubungi calon MCA, Tan Chee Teong.

Chee Teong berkata, bekas Presiden itu ada memberi kata-kata semangat kepadanya menerusi WhatsApp baru-baru ini.

“Saya yakin beliau (Soi Lek) akan turun padang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini akhbar melaporkan pemimpin akar umbi MCA Johor mendesak agar Soi Lek yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Labis, Johor selama 18 tahun bertanding jawatan nombor satu MCA pada pemilihan parti itu, 4 November ini.

Pada 1 Januari 2008, Soi Lek melepaskan semua jawatan beliau termasuk Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat akibat kontroversi peribadi yang melanda.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru mengumumkan akan berundur berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan secara terbuka memberi sokongan kepada Ka Siong, satu-satunya ahli Parlimen MCA, untuk menggantikannya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Chua Soi LekMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd