JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memperdaya dan meminta wang komisen berjumlah RM66,000 dengan menawarkan Kedai Mampu Milik Johor (KMMJ) dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada dua mangsa.
Tertuduh, Umi Kalsom Jaafar@Jaffery, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Azureen Sahira Sauffee Afandi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 24 Mei 2016 dan 15 Julai 2016 di Bank CIMB Gelang Patah dan di restoran Chamek Kopitiam.
Bagi kelima-lima pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda. – UTUSAN ONLINE

