• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawah Maut Motosikal Rempuh Kereta

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Seorang pesawah maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Monggol Bongor, Megat Dewa dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata dalam kejadian 11.20 pagi itu, mangsa Muhammad Zainol Ishak, 70, dari Jalan Putra, Sanglang, Ayer Hitam meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Pekan Megat Dewa menuju ke Ayer Hitam dekat sini, dikatakan secara tiba-tiba masuk ke lorong bertentangan dan merempuh kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an.

“Akibat rempuhan itu mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kita turut tahan pemandu kereta tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abd Rahim berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat Muhammad Zainol dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sanglang, lewat petang ini. – BERNAMA

Video: Mat Rempit Merbok Jatuh Motor

https://www.youtube.com/watch?v=M4Rv2T_Dh5Q

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd