• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSM Tidak Mahu Pemain Terlalu Dimanjakan

oleh
29/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tiada sebarang sambutan luar biasa serta insentif diperuntukkan kepada pemain sepak takraw negara yang meraih pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail berkata langkah itu dibuat bagi memastikan atlet di bawah kendalian badan induk itu sentiasa merendah diri biarpun menempa kejayaan di temasya sukan berkenaan.

“Saya takut pemain kita ini riak selepas mereka memenangi pingat emas jika diberi sambutan luar biasa dan saya pesan kepada mereka elakkan daripada sifat itu.

“Lebih baik kita merendah diri biarpun setelah 24 tahun kita hampa tanpa pingat emas pada Sukan Asia…jangan sesekali kita manjakan mereka dengan memberi habuan duit serta sebagainya,” kata beliau kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, hari ini.

Ahmad berkata perkara lebih penting adalah kesinambungan kejayaan itu kerana skuad negara selepas ini akan menyertai Piala Raja Thai dari 23 hingga 30 Sept depan.

Terdahulu, trio negara bagi acara antara regu menamatkan kemarau pingat emas selama 24 tahun Malaysia selepas menumbangkan pasukan tuan rumah, Indonesia 2-1 pada aksi final Sukan Asia Jakarta-Palembang, petang tadi.

Malaysia pernah memenangi pingat emas acara berkenaan sebanyak dua kali, pada Sukan Asia 1990 di Beijing, China dan edisi 1994 di Hiroshima, Jepun. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd