• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia 2018: Malaysia Pasrah Jumpa India

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh akhir Sukan Asia 2018, Khamis ini selepas menutup kempen Kumpulan B selaku naib juara.

Hari ini skuad Malaysian Tigers melengkapkan kempen peringkat kumpulan dengan kemenangan 7-0 ke atas Oman untuk berkedudukan kedua di belakang Pakistan selepas mengumpul 12 mata daripada lima perlawanan.

Ketua jurulatih hoki kebangsaan, Stephen Van Huizen berkata, pasukannya harus bersedia menentang sesiapa sahaja dalam separuh akhir dan melakukan yang terbaik bagi memburu slot final.

“Tugas pasukan kini adalah untuk mempamerkan aksi terbaik dalam separuh akhir nanti. Mencatat kemenangan besar menentang Oman hari ini tidak mengubah apa-apa kedudukan peringkat kumpulan.

“Kami telah melakukan persediaan yang amat baik bagi menghadapi Sukan Asia dan sepatutnya harus bersedia menghadapi aksi separuh akhir.

“Saya juga akui tugas berat bakal menanti kami dalam saingan separuh akhir dalam masa sama semua pemain harus percaya dengan kemampuan diri sendiri,” kata Stephen.

Dalam perlawanan di Stadium Hoki Gelora Bung Karno hari ini, kesemua jaringan Malaysia disempurnakan oleh Muhammad Razie Abd Rahim (minit ke-27), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m-31), Faizal Saari (m-33), m-47), Muhammad Firhan Ashari (m-36), Tengku Ahmad Tajuddin (m-44), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (m-41).

Kali terakhir Malaysia menentang India adalah dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah 2018 pada 7 Mac lalu di Ipoh yang menyaksikan pasukan negara tewas 1-5. – UTUSAN ONLINE

Tags: Hoki LelakiSukan Asia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Asia 2018: Pendekar Terus Berjuang Hingga Titisan Terakhir

28/08/2018
0

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun merebut emas di Padepokan Pencak Silat...

Sepak Takraw Dan Terjun Harapan Negara Hari Ini

28/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Dengan temasya yang bakal dilabuhkan lima hari saja lagi, kontinjen Malaysia meletakkan sandaran kepada sepak takraw dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd