• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helmi Azam Julang Honda Ke Podium

oleh
28/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOHD Helmi Azman berazam untuk menyekat menjulang Honda dan menyekat dominasi Yamaha daripada terus menguasai keseluruhan pentas podium saingan kelas CP150 pada perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, hujung minggu ini.

Pelumba Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing itu mencipta kejutan apabila berjaya mengungguli sesi Superpole pada pusingan lepas di Temerloh sekaligus muncul pelumba Honda pertama melakukannya selepas kali terakhir dicatat oleh Mohd Zaqhwan Zaidi sewaktu perlumbaan pertama kategori CP150 diperkenalkan pada Mac 2017.

Namun malangnya permulaan yang tidak begitu baik sekadar menyaksikan Helmi sedikit ketinggalan dan menamatkan perlumbaan akhir di tempat keempat yang juga merupakan pencapaian terbaiknya pada musim ini.

Helmi yang beralih ke jentera Honda pada musim ini terus mempamer aksi konsisten dengan berada di kelompok enam pelumba terbaik sepanjang tiga pusingan lepas dan kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan mengumpul 34 mata.

“Apa yang ditunjukkan sewaktu di Temerloh menunjukkan kami berada di landasan tepat ketika ini. Mungkin faktor litar juga banyak membantu jentera kami mencapai tahap optimum, namun saya harap prestasi tersebut dapat dikekalkan di Teluk Intan.

“Matlamat saya adalah untuk cuba mencari tempat di atas podium yang pertama buat pasukan dan Honda serta menyekat dominasi pelumba-pelumba dari pasukan yang menggunakan jentera Yamaha,” jelas Helmi yang juga merupakan pendahulu keseluruhan kelas Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC). – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd