• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempuh Perjalanan 700 Km Untuk Sertai Lelongan Awam JPJ

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemilik bengkel motosikal dari Kodiang, Kedah sanggup menempuh perjalanan sejauh 700 kilometer untuk menyertai lelongan awam di ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, hari ini.

Mohamad Firdaus Md Noor, 35, menyifatkan perjalanannya sebagai ‘berbaloi’ apabila berjaya membida 19 motosikal pada harga RM10,310 sekali gus menjadi pembida terbanyak pada sesi lelongan tersebut.

Katanya, beliau mengetahui mengenai sesi lelongan itu menerusi laman sosial Facebook dan tiba di Kuantan petang semalam, untuk melihat dan memeriksa terlebih dahulu keadaan motosikal yang ditawarkan.

“Saya mahu menggunakan semula komponen motosikal yang dilelong di bengkel… amalan beli, baiki dan jual semula komponen motosikal ini sudah menjadi amalan perniagaan saya sejak dahulu lagi.

Ini juga bukan kali pertama saya terlibat dalam sesi lelongan kerana sudah 10 tahun saya menghadiri sesi lelongan awam agensi kerajaan. Boleh dikatakan sudah mahir dalam prosedur lelongan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Firdaus yang juga bapa kepada empat orang anak berkata selain digunakan di bengkelnya, komponen motosikal itu juga ada yang dijual secara dalam talian ke seluruh negara, khususnya yang melibatkan alat ganti yang sukar ditemui.

Beliau menambah semua motosikal tersebut akan dibawa pulang ke Kodiang selepas selesai semua urusan dokumen berkemungkinan pada hari ini, dengan menaiki lori.

“Saya juga membida sebuah motosikal jenama Yamaha Ego pada harga RM2,050 kerana nombor pendaftarannya yang begitu cantik… 666. Ini satu bonus kepada kunjungan saya ke sini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Pahang Muhammad Abdullah berkata jumlah keseluruhan lelongan kenderaan disita pihaknya bernilai RM22,690 melibatkan 34 kenderaan terdiri daripada motosikal, kereta dan lori.

Daripada jumlah itu 19 motosikal, lapan kereta dan tiga lori layak dilesenkan semula manakala selebihnya dilelong untuk pembeli barangan terpakai, katanya.

“Lelongan kali ini melibatkan 54 pembida dengan nilai bidaan tertinggi berjumlah RM3,550 untuk sebuah kereta Toyota Cambry manakala bidaan terendah adalah untuk motosikal iaitu RM130,” katanya.

Muhammad menambah pihaknya membuat pelupusan kenderaan itu secara lelongan dan telah memperoleh kebenaran mahkamah untuk melucut hak pemilikan selepas tiada tuntutan dibuat pemiliknya dalam tempoh tiga bulan kenderaan mereka disita. – BERNAMA

Tags: lelongan awammotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd