• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gigit Badan Isteri, Pemandu Grab Dipenjara 4 Bulan

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Padah menggigit badan isteri kerana tidak menyediakan juadah berbuka puasa, seorang pemandu Grab dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahrin Mohd Mokhtar, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Dalam prosiding itu, sebaik hukuman dijatuhkan terhadap Mohd Shahrin, ibunya yang duduk di galeri awam menangis teresak-esak.

Mengikut pertuduhan, bapa anak satu itu didakwa dengan sengaja mencederakan Safizamira Sebri, 24, dengan cara menggigit, memukul serta menampar wanita itu sehingga luka di bahagian tangan, muka dan perut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Koi Tropika Kondominium, Puchong, di sini jam 3 petang, pada 30 Mei lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Firdaous Mohamad Idris memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setimpal mengambil kira faktor mangsa adalah isteri tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia amat kesal atas perbuatannya dan perlu menanggung isteri dan anak yang berusia dua tahun selain ibu bapa yang sudah berusia.

Mengikut fakta kes, sebelum kejadian itu, isteri tertuduh berada di rumah kawannya sebelum lelaki itu mengamuk dan memanggilnya pulang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Apabila sampai di rumah mereka, berlaku perselisihan faham yang menyebabkan tertuduh bertindak melambung, menggigit perut dan menampar wanita itu. – BH Online

Tags: dipenjaraGigit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd