• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sepak Takraw Dan Terjun Harapan Negara Hari Ini

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dengan temasya yang bakal dilabuhkan lima hari saja lagi, kontinjen Malaysia meletakkan sandaran kepada sepak takraw dan penerjun negara untuk menambah pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang hari ini.

Dalam perlawanan perebutan pingat emas acara regu lelaki itu, pasukan yang diketuai Farhan Adam itu mempunyai misi yang besar untuk menghadiahkan pingat emas apabila bertemu pasukan tuan rumah, Indonesia.

Rabu lalu, pasukan regu lelaki terlebih dulu menghadiahkan pingat perak apabila tewas kepada Thailand. Untuk rekod, kali terakhir skuad sepak takraw negara membawa pulang pingat emas adalah pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.

Penerjun negara pula hari ini memulakan saingan hari pertama dengan gandingan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri akan bersaing dalam acara 10 meter platform seirama wanita sementara Ooi Tze Liang-Chew Yiwei akan bersaing dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki.

Biarpun hakikatnya Tembok Besar China sukar dirobohkan, penerjun negara masih diletakkan sandaran yang besar selepas persiapan rapi yang dilakukan.

Kontinjen negara juga berkemungkinan untuk menambah satu lagi pingat apabila trio memanah negara yang terdiri daripada Lee Kin Lip, Mohd Juwaidi Mazuki dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli akan bertarung menentang Taiwan dalam perebutan pingat gangsa acara compound berpasukan lelaki.

Dalam acara skuasy pula, pasukan lelaki dan wanita negara meneruskan saingan kumpulan pada hari kedua dengan harapan menghadiahkan pingat emas selepas kejayaan Datuk Nicol Ann David memenangi emas individu wanita.

Perlawanan pusingan peringkat kumpulan yang bermula semalam, pasukan lelaki dan pasukan wanita negara menang mudah dalam kedua-dua perlawanan 3-0. Saingan kumpulan skuasy berpasukan akan berakhir pada Khamis ini dan pusingan separuh akhir akan berlangsung pada Jumaat ini. – BH Online

Tags: pingatSukan Asia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

05/08/2024
0

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas...

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

Sukan SEA Kemboja 2023: Wei Theng Sumbang Pingat Pertama

06/05/2023
0

PHNOM PENH – Kontinjen Malaysia akhirnya memperoleh pingat pertama di Sukan SEA Kemboja 2023 menerusi Yoong Wei Theng dalam acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd