• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 4 Individu Beri Rasuah Kepada Pegawai Sesco

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan empat individu termasuk dua wanita kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai Perbadanan Bekalan Elektrik Sarawak (Sesco) sejak tahun lalu bernilai lebih RM27,000.

Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia antara 37 dan 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang hingga 5.40 petang di Pejabat SPRM Miri dan Sibu, Sarawak ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Mereka ditahan kerana disyaki memberi wang rasuah secara bulanan kepada pegawai Sesco bagi melindungi kegiatan mengubah jumlah bayaran bil elektrik serta membuat penyambungan elektrik secara haram.

“Dua suspek merupakan ‘runner’ bagi beberapa premis di sekitar bandar raya Miri dan Sibu bagi menjalankan kegiatan tersebut,” katanya.

Jelas sumber, SPRM turut menggeledah rumah suspek di sekitar Miri, Sarawak dan menemukan lebih 90 unit meter elektrik; 600 lebih unit ‘meter front cover’; 590 unit ‘meter base’ yang diubah suai dengan nilai mencecah ratusan ribu ringgit.

Ujarnya, SPRM turut menemukan lebih 100 bil elektrik pelanggan yang dipercayai telah diubah jumlah bayarannya.

Tambah sumber, kegiatan tersebut dipercayai telah berleluasa di sekitar Miri dan Sibu sejak tahun lalu dan kesemua suspek dipercayai telah mengurangkan bil elektrik sehingga 75 peratus daripada jumlah bayaran asal.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kesemua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tags: rasuahSesco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd