• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengamuk Kalah Permainan Video

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JACKSONVILLE, Florida – Seorang pemain permainan video membunuh dua orang dan mencederakan sebilangan lagi kelmarin apabila dia melepaskan tembakan de­ngan sepucuk pistol semasa satu pertandingan yang disiarkan secara langsung di internet dari sebuah restoran di sini, kata polis.

Media tempatan melaporkan, penembak itu turut bertan­ding dalam kejohanan tersebut dan kalah. Dia dikatakan tidak berpuas hati lalu menyerang pemain lain sebelum membunuh diri.

Syerif Jacksonville, Mike Williams menamakan penembak sebagai David Katz, 24, dari Baltimore. Dia berada di bandar ini untuk menyertai kejohanan permainan video tersebut.

Menurut Williams, Katz membunuh diri selepas insiden tembakan itu dan mayatnya ditemui bersama dua mayat mangsa. Pejabat Syerif menyatakan bahawa 11 orang cedera ditembak, manakala sekurang-kurangnya dua yang lain cedera semasa melarikan diri.

Sementara itu, berpuluh-­puluh ambulans dan kereta polis berada di Jacksonville Landing yang merupakan lokasi untuk menjamu selera, berhibur dan membeli-belah di pusat bandar ini, tengah hari kelmarin.

Insiden tembakan itu berlaku semasa pusingan kelayakan untuk permainan video Madden 19 di Bar Game GLHF dalam restoran Chicago Pizza di Jacksonville Landing, demikian me­nurut laman web tempatan tersebut.

Bar itu sedang menyiarkan pertandingan tersebut apabila tembakan bermula, demikian menurut rakaman video yang dikongsi di media sosial. Dalam rakaman itu, pemain-pemain di­lihat memberikan reaksi kepada tembakan diikuti bunyi jeritan sebelum klip video terhenti.

Taylor Poindexter dan teman lelakinya, Marquis Williams yang melakukan perjalanan dari Chicago untuk menyertai kejohanan itu berkata, mereka me­larikan diri sebaik sahaja bunyi tembakan kedengaran.

Menurutnya, dia melihat Katz membidik pistolnya ke arah mangsa.

“Kami ada melihat dia. Penye­rang membidik pistol dengan kedua-dua tangannya dan melepaskan tembakan. Saya takut nyawa saya dan nyawa teman lelaki saya melayang,” katanya kepada pemberita. – Reuters/Kosmo Online

Tags: mengamukPermainan Video
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

07/08/2023
0

KLANG – Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd