• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Ditahan Baling Air Kencing, Najis Lembu

oleh
27/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Lima lelaki ditahan selepas membaling air kencing dan najis lembu kepada anggota penguatkuasa dan anggota polis ketika Op Roboh di kandang lembu dan kuil di Bukit Tinggi, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota polis hadir ke kawasan berkenaan bagi membantu anggota penguat kuasa Pejabat Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan operasi merobohkan binaan berkenaan.

“Ketika operasi itu, seorang lelaki dipercayai pemilik lembu berkenaan menghalang tugasan anggota petugas dengan membaling air kencing dan najis lembu.

“Empat lagi lelaki juga mengadakan provokasi dengan menolak anggota yang sedang melaksanakan operasi berkenaan,” katanya kepada NSTP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua yang ditahan berusia 24 hingga 59 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, operasi berkenaan bermula pada jam 9.30 pagi dan berlaku perbincangan antara pihak penguatkuasa, pemilik kandang serta kira-kira 20 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM).

“Pihak MPK kemudian berjaya masuk ke dalam kawasan kandang lembu bersama jentolak walaupun masih ada bantahan daripada beberapa individu yang cuba menghalang tindakan mereka.

“Sebahagian lembu dipindahkan oleh ke Pusat Tahanan Haiwan di Pulau Indah,” katanya.

Beliau berkata, operasi kemudiannya ditangguhkan pada jam 4 petang tadi atas permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa dan dipersetujui pihak Pejabat Daerah Klang dengan surat akujanji daripada pengusaha untuk mengeluarkan semua baki lembu dan kuil sehingga 30 Ogos ini. – BH Online

*Video di bawah tiada kaitan dengan berita di atas

Tags: Op Roboh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd