• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Bekas Pengerusi UMNO P.Pinang Selamat Dikebumikan

oleh
27/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Jenazah bekas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, di sini pada 5.30 petang.

Jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4 petang diiringi kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan Allahyarham daripada Barisan Nasional sebelum disembahyangkan selepas solat Asar.

Isteri Allahyarham, Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin berkata anggota keluarga dan masyarakat pasti akan merindui arwah suaminya itu kerana beliau seorang yang baik dan banyak berjasa kepada orang ramai.

“Arwah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab … walaupun sibuk macam mana sekali pun arwah akan pastikan malam beliau akan berada di rumah bersama keluarga.

Banyak jasa arwah pada orang dan arwah juga banyak bersedekah. Memang arwah akan dirindui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman bapa Allahyarham, di sini hari ini.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharom dan barisan kepimpinan UMNO Pulau Pinang serta masyarakat setempat.

Zainal Abidin, 58, yang juga bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor pada 2.07 pagi ini akibat kanser berkaitan darah (multiple myeloma).

Siti Nur Syafiqa berkata kali terakhir beliau bercakap dengan arwah suaminya itu pada Ahad dan Isnin lepas.

“Arwah boleh bercakap cuma tidak boleh bercakap lama sebab keadaannya yang penat kerana jangkitan kuman. Jadi, doktor perlu letak sedatif untuk tidurkan dan stabilkan arwah. Semalam tekanan darah arwah turun dan beliau pergi dengan aman,” katanya.

Ditanya sama ada Allahyarham ada memberi apa-apa pesanan, beliau berkata arwah suaminya itu tidak sempat meninggalkan pesanan, namun beliau sempat memohon maaf kepada arwah sebelum Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang kerana keadaannya yang semakin lemah.

Siti Nur Syafiqa berkata arwah suaminya itu seorang yang optimistik walaupun disahkan menghidap kanser awal tahun ini dan positif dalam mengikuti rawatan yang disaran doktor.

Sementara itu, Mujahid menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang terbuka dan mudah untuk dibawa berbincang walaupun berbeza fahaman politik.

Beliau berkata masyarakat terutamanya rakyat Pulau Pinang akan merasai kehilangan Allahyarham yang banyak menabur bakti dan berjasa sepanjang hayatnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak serta empat orang anak hasil perkahwinan pertama dengan Allahyarham Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Dis 2010 akibat kanser hati.

Pada 6 Jun lepas, Zainal Abidin mengumumkan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: jenazah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd