• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Serah Pusat Tahfiz Kepada Pihak Lain

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menyerahkan Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya, kepada Pusat Pengajian Al-Uliya untuk diuruskan, bermula 1 September ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, berkata keputusan itu dibuat susulan masalah kewangan yang dihadapinya hingga tidak lagi mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan.

“Sebelum ini saya berniat untuk jual. Saya minta pengusaha lain ambil alih namun semua tidak sanggup tetapi kali ini Pusat Pengajian Al-Uliya sanggup dan akan menguruskan bermula September ini.

“Bangunan unit tahfiz itu diberikan tanpa sebarang caj. Selepas ini, saya sudah tidak ada pusat tahfiz dan hanya akan tumpu pada sekolah pondok sedia ada,” katanya ketika ditemui selepas menjadi panel di Wacana Sinar ‘Malaysia Baru-Kemana Haluan Sekolah Tahfiz’ di sini, hari ini.

Mengulas lanjut bantuan yang diumumkan kerajaan Perak kepadanya, Ustaz Kazim berkata, menerima sumbangan saguhati berjumlah RM150,000 yang dimasukkan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun, beliau berkata, sumbangan berkenaan bukanlah peruntukan daripada kerajaan negeri memandangkan tiada sebarang perbincangan atau mesyuarat dilakukan berhubung perkara itu.

“Berkenaan isu kerajaan negeri mahu ambil alih, saya tidak pernah ditemui atau memanggil saya untuk membincangkan perkara itu sedangkan saya sudah maklumkan hanya tunggu panggilan.

“Sebenarnya, apabila isu mahu jual ini menjadi viral, banyak pihak bersetuju untuk jalin kerjasama, membantu dan menderma malah ada yang mahu ambil alih.

“Tetapi, apabila kerajaan negeri (Perak) umum (untuk membantu), pihak yang tampil mahu hulur bantuan itu tidak lagi mahu membantu dan tarik diri kerana merasakan kerajaan negeri sudah menghulurkan bantuan,” katanya.

Julai lalu, Ustaz Kazim mengesahkan akan menjual unit tahfiz berkenaan yang terletak di Manjoi kerana tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan.

Pengesahan itu sekali gus merungkai persoalan statusnya di Facebook dan di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan.

Sementara itu, dalam wacana terbabit, Ustaz Kazim memohon kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan memberi kenyataan jelas termasuk penyaluran dana kepada pengusaha pusat tahfiz swasta.

Katanya, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu, kerajaan terdahulu yang ditadbir Barisan Nasional (BN) mengumumkan peruntukan untuk disalurkan kepada pusat tahfiz swasta.

“Jika benda itu baik, kerajaan perlu teruskan. Kami (pengusaha) masih menunggu kenyataan yang konkrit tetapi setakat ini hanya ada kenyataan pusat tahfiz tidak akan ditutup.

“Sekiranya tiada bantuan, pusat tahfiz ini akan ditutup kerana tiada peruntukan untuk membayar gaji, makan minum semua. Jadi kita mahukan hala tuju jelas,” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Ustaz Kazim Eliaspusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya

Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Keadaan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias dilaporkan stabil dan menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di Unit...

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd