• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: Sabah Dijangka Hadapi Masalah Air Kritikal

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah akan menghadapi masalah air kritikal ekoran keadaan cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga penghujung tahun ini, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Datuk Peter Anthony.

Beliau berkata keadaan cuaca panas berpanjangan itu akan mengakibatkan keadaan sungai menjadi kering selain tahap bekalan air di semua loji serta empangan di negeri ini juga menyusut dan berkurangan.

Sehubungan itu, katanya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca panas tersebut dengan memastikan bekalan air mencukupi dapat disalurkan kepada semua pengguna menerusi penyediaan perkhidmatan penghantaran lori tangki air.

“Berdasarkan Jabatan Meteorologi, keadaan cuaca panas ini dijangka berpanjangan hingga Disember tahun ini. Lima kawasan akan terkesan besar dengan keadaan cuaca tersebut iaitu Pulau Banggi; Pitas; Beaufort; Kuala Penyu; dan Menumbok.

“Saya menjangkakan banyak lagi kawasan akan terjejas (keadaan cuaca panas), namun, untuk sementara ini, kami akan memberi fokus dalam menyediakan perkhidmatan tangki air dan keperluan lori di lima kawasan terbabit,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Peter berkata, orang ramai diingatkan supaya membuat penjimatan air dan tidak melakukan pembaziran.

Daerah yang mengalami masalah kekurangan bekalan air diminta memaklumkan perkara itu kepada JANS menerusi talian 088-326888 bagi membolehkan tindakan segera diambil, katanya.- BERNAMA

Tags: aircuaca panas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd