• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Regu Negara ‘Berpeluh’ Benam Korea

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Malaysia hampir dikejutkan regu Korea Selatan yang memberi saingan sengit pada perlawanan peringkat kumpulan acara sepak takraw antara regu Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.

Dalam perlawananyang berlangsung di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang itu Malaysia berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan 2-0.

Set pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling kejar-mengejar mata dan pada suatu ketika Malaysia ketinggalan 12-17.

Tindakan pantas ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad mengeluarkan tekong utama, Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan menggantikannya dengan Muhammad Zulkifli Abd Razak nyata membuahkan hasil apabila regu negara bangkit mencatat kemenangan 23-21.

Set kedua pula menyaksikan regu negara diketuai Farhan Adam itu mula mendapat rentak dan tidak menoleh ke kebelakang lagi bagi menamatkan perlawanan dengan 21-15, iaitu kemenangan kali ketiga berturut-turut pasukan negara dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Muhammad Zulkifli berkata tiada magis yang dilakukan sebaliknya ia hasil kerjasama rakan sepasukan yang tidak berputus asa untuk menewaskan Korea Selatan.

“Apabila disuruh masuk oleh jurulatih, saya terus beraksi seperti biasa dan berjaya mengutip mata demi mata,” katanya.

Abdul Talib pula membuat keputusan pantas sebaik melihat aksi tekong utama negara yang mengalami sedikit penurunan prestasi.

“Selepas melihat cara permainan pasukan Korea Selatan, yang lebih banyak mengamalkan corak bertahan, saya mengeluarkan Muhammad Syahir dan memasukkan Muhammad Zulkifli atas sebab taktikal,” katanya.

“Muhammad Syahir merupakan seorang tekong yang menyerang dan apabila tidak mampu memberikan mata untuk negara, dia berasa sedikit tertekan,” katanya.

Terdahulu, Malaysia menewaskan India 2-0 pada perlawanan sebelah pagi dan semalam, skuad negara turut mencatat kemenangan selesa mengatasi Nepal juga dengan 2-0, sekali gus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun berbaki satu lagi perlawanan menentang China esok.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China, India dan Nepal.

Pasukan tuan rumah, Indonesia pula berada dalam Kumpulan A bersama Singapura, Filipina dan Pakistan.

Acara itu menjadi sasaran kontinjen Malaysia untuk menuai emas seterusnya mencapai sasaran kutipan tujuh pingat emas seperti yang dilaungkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini. – BERNAMA

Tags: sepaktakrawSukan Asia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Asia 2018: Malaysia Pasrah Jumpa India

28/08/2018
0

JAKARTA - Skuad hoki lelaki negara pasrah terpaksa berdepan juara bertahan, India dalam separuh akhir Sukan Asia 2018, Khamis ini selepas...

Sukan Asia 2018: Pendekar Terus Berjuang Hingga Titisan Terakhir

28/08/2018
0

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun merebut emas di Padepokan Pencak Silat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd