• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balu Pembantu Operasi Terima Pampasan Insurans

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang balu Pembantu Operasi yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di persimpangan Gadong, Kota, Rembau pada 4 Julai 2017 lepas menerima pampasan insurans RM27,000 daripada Kesatuan Pembantu Operasi Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (Kepsi) di sini, hari ini.

Rahimah Ibrahim, 36, menerima pampasan tersebut daripada Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Maznah Abu Bakar dalam satu majlis ringkas di Pejabat Pendidikan Daerah Seremban di sini.

Turut hadir ialah Presiden Kepsi M. Ramachandran dan Pengerusi Kepsi Negeri Sembilan Mohd Khairul Riza Abu Bakar.

Rahimah ketika ditemui berkata, pemergian arwah suaminya, Allahyarham Muhammad Hatta Shaharin, 35, memberi kesan buat diri dan tiga orang anaknya (dua lelaki dan seorang perempuan) yang berusia 4 tahun, 5 tahun dan 10 tahun.

Beliau yang tinggal di Kampung Baru, Tabuh Naning, Alor Gajah, Melaka dan bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Tampin berkata wang pampasan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk persediaan dan keperluan pendidikan anak-anaknya dan ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Dalam kejadian itu, arwah suaminya yang sedang bertugas menghantar surat dengan menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta.

Sementara itu, Maznah menghargai komitmen dan usaha Kepsi dalam memproses dan menyalurkan pampasan itu.

“Ini dapat membantu waris dan dalam masa sama berharap anggota Pembantu Operasi tidak melupakan kepentingan menjadi ahli Kepsi demi kebajikan keluarga pada masa akan datang,” katanya.

Ramachandran pula berkata setakat ini terdapat 37,000 orang Pembantu Operasi di Semenanjung Malaysia dan daripada jumlah itu hanya 2,000 orang yang menjadi anggota Kepsi.

“Saya difahamkan punca ramai yang tidak menjadi anggota ialah kerana mereka kurang pendedahan dan tidak tahu faedah yang diperolehi. Oleh itu, kita akan menjelajah seluruh Semenanjung untuk menjelaskan kebaikan dan faedah yang diperolehi apabila menjadi anggota Kepsi. Untuk menjadi anggota Kepsi mereka cuma membayar yuran RM5 sebulan dan daripada yuran itu kita turut mencarum insurans kelompok untuk anggota

“Menjadi anggota itu penting untuk mendapatkan faedah dan melindungi kebajikan mereka dalam jangka masa panjang,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Insuranspampasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

12/09/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak RM62.57 juta bayaran pampasan setakat ini sudah diberikan kepada pemilik dan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula Kampung...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd