• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angin Kencang Timur laut Dijangka Berterusan Sehingga Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kategori kedua itu berikutan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Angin kencang Timur Laut itu juga dijangka berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, dan Sarawak sehingga Sabtu ini.

Menurut jabatan itu, angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan mencapai ketinggian ombak sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut serta aktiviti sukan laut.

Selain itu, ribut petir yang membawa angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di kawasan perairan Selat Melaka Utara dan Kuching dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Ribut petir di perairan Selangor dan Sarawak (Kuching, Rejang dan Mukah) pula dijangka berterusan sehingga awal petang ini dan keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

Tags: Cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd