• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairuddin, Chang Kekal Bebas Pendakwaan Tarik Balik Rayuan

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, hari ini kekal bebas daripada tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, tiga tahun lalu.

Ini berikutan pihak pendakwaan selaku perayu, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 12 Mei 2017 yang melepas dan membebaskan Khairuddin, 56, dan Chang, 68, daripada pertuduhan berkenaan.

“Pihak pendakwaan menerima arahan supaya rayuan ke atas kedua-dua responden ditarik balik,” kata Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Azman kemudiannya membatalkan rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan perintah lepas bebas terhadap kedua-dua responden yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 12 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Wan Mohd Norisham Wan Yaakob melepas dan membebaskan Khairuddin dan Chang selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya tidak mahu meneruskan kes itu.

Pihak pendakwaan memohon supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu bagaimanapun peguam yang mewakili Khairuddin dan Chang memohon supaya kedua-dua anak guam mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Ini kerana jika mereka dilepas tanpa dibebaskan, pihak pendakwaan boleh menuduh mereka semula atas pertuduhan itu pada bila-bila masa.

Perkara itu dimaklumkan semasa kes tersebut ditetapkan untuk perbicaraan pada hari pertama. Oleh itu perbicaraan kes itu tidak berjalan.

Pada 12 Okt 2015, Khairuddin dan Chang didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015 mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.

Lokasi berkenaan ialah di pejabat ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis Wai Chan, Hongkong; dan Ibu pejabat Polis Cantonment, Singapura.

Kedua-dua tertuduh telah memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi memohon beberapa perintah antaranya pertuduhan yang dihadapi mereka tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pada 18 Nov 2015, Mahkamah Tinggi memutuskan pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan tidak tertakluk di bawah Sosma dan memerintahkan kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Tinggi itu juga membenarkan Khairuddin dan Chang diikat jamin RM10,000 seorang dengan seorang penjamin. Di bawah prosedur Sosma, seseorang tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin sementara selesai perbicaraan. – BERNAMA

Tags: Khairuddin Abu Hassanmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd