• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Khidmat Pengiring Kepada Hishammuddin Ditamatkan

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khidmat pegawai pengiring peribadi kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditamatkan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan.

Kenyataan itu dibuat merujuk kepada laporan sebuah portal berita bahawa dua anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan seorang komando tentera masih bertugas sebagai pengiring kepada Hishammuddin walaupun beliau tidak lagi memegang portfolio menteri pertahanan berikutan kekalahan BN pada PRU14.

Menurut laporan itu, dua pegawai PASKAL itu masih dalam perkhidmatan dengan khidmat masing-masing akan tamat pada 2020 dan 2021, manakala komando itu didakwa antara individu yang kelihatan dalam gambar yang dimuat naik Hishammuddin di laman Twitter beliau baru-baru ini.

Ketiga-tiga anggota itu juga didakwa masih menerima gaji daripada ATM selain daripada Hishammuddin sendiri. Hishammuddin mendakwa beliau telah menawarkan jawatan pengiring kepada mereka dengan syarat mereka meninggalkan perkhidmatan ATM.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan akan diambil bagi memastikan semua anggota yang masih berkhidmat tidak melaksanakan apa jua tugasan dengan pihak yang tidak mempunyai hak serta kaitan berdasarkan peraturan semasa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinpegawai pengiring
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd