• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Harap Jangan Hentikan BR1M

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghapuskan bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu berita yang amat menyedihkan dan satu langkah kebelakang oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, BR1M bukan sahaja amat penting buat rakyat yang memerlukan, malah merupakan satu program yang bertujuan merangsang ekonomi negara.

Malah, kata beliau, keberkesanan pemberian bantuan tunai kepada rakyat dalam meningkatkan penggunaan domestik turut diperakui oleh sekumpulan tokoh ekonomi Britain seperti yang dilaporkan oleh The Guardian pada tahun 2016.

Menurut beliau, The Guardian memetik seramai 35 pakar ekonomi Britain termasuk Lord Robert Skidelsky dan Herman Daly yang mahu bank pusat negara mereka turut melaksanakan pemberian bantuan tunai bagi mengatasi kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah.
.
“BR1M terbukti bukan setakat menolong golongan berpendapatan rendah semata-mata tetapi ia lebih daripada itu sebagai satu program penyusunan semula ekonomi makro Malaysia yang lebih berorientasikan subsidi.

“Bantuan ini diberi kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan mereka akan berbelanja untuk keperluan sendiri dan pada masa sama membantu menggerakkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noraini berkata, dalam konteks BR1M, peningkatan perbe­lanjaan oleh golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) setelah menerima bantuan tunai itu telah memberi suntikan berganda kepada ekonomi domestik.

Justeru, katanya, langkah kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) melaksanakan BR1M kerana kaedah itu bukan sahaja membantu merangsang ekonomi, tetapi juga berjaya membantu golongan yang sepatutnya menerusi subsidi bersasar.

Kata beliau, mereka yang terlibat dalam bidang perdagangan runcit seperti pemilik kedai runcit turut menerima manfaatnya kerana kebanyakan penerima akan membelanjakan wang bantuan ke arah tersebut, sekali gus akan meningkatkan permintaan barang dan perkhidmatan.

Tambah beliau, negara sepatutnya mengambil masa yang lebih lama untuk melihat hasil impak yang lebih menyeluruh BR1M kepada rakyat, tetapi malangnya kerajaan BN tumbang di peringkat awal pelaksanaan BR1M.

Sehubungan itu, katanya, Wanita UMNO Malaysia berharap kerajaan PH menarik balik keputusannya untuk menamatkan BR1M yang telah pun diberi nama baharu Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Bagi penerima BR1M yang dikenali kini BSH, gunakanlah baki BSH yang tinggal sebaik-baiknya. Jangan dibelanjakan ke atas barangan yang tidak perlu.

“Belanjakan ke atas barang makanan untuk keluarga kerana mengikut kajian harga barangan makanan berkemungkinan naik lagi selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikuatkuasakan 1 September ini,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: BR1MWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Angkat Jawatan Ketua Wanita Setaraf Timbalan Presiden UMNO

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan diangkat setaraf jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ketuanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd