• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat 3 Anggota ATM Berkhidmat Kepada Hishammuddin

oleh
25/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan kementeriannya melakukan siasatan segera berhubung dakwaan tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa masih berkhidmat kepada bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata tindakan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan sedia ada.

“Saya mengambil maklum laporan sebuah portal berhubung tiga anggota khas ATM yang didakwa sehingga kini masih menjadi pengiring rapat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Oleh itu, saya telah mengarahkan siasatan dibuat dan tindakan akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap amalan dan peraturan sedia ada,” katanya menerusi laman Twitter rasminya hari ini.

Mohamad mengulas laporan sebuah portal berita mengenai dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando masih menjadi pengiring Hishammuddin, yang tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas.

Menurut laporan portal berita itu, dua pegawai Paskal itu masih dalam perkhidmatan, yang masing-masing akan tamat pada 2020 dan 2021, manakala komando itu didakwa antara individu yang kelihatan dalam gambar yang dimuat naik Hishammuddin di laman Twitter beliau baru-baru ini.

Ketiga-tiga anggota itu juga didakwa masih menerima gaji daripada ATM selain daripada Hishammuddin sendiri.

Sementara itu, Hishammuddin menerusi catatan di laman Twitternya berkata ketiga-tiga anggota berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan beliau dan keluarga setelah lama berkhidmat dengannya.

“Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan telah berkhidmat sekian lama. Mereka dengan saya hanya sementara,” katanya.

Hishammuddin berkata beliau juga telah menawarkan pekerjaan kepada anggota ATM terbabit tetapi mereka harus berhenti daripada ATM dengan serta-merta sekiranya mereka menerima tawaran itu.

“Saya telah menawarkan kerja tetapi jika mereka terima, mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta,” katanya. – BERNAMA

Tags: ATMHishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd