• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpustakaan Masih Relevan Meskipun Ada Maklumat Digital

oleh
25/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peranan perpustakaan di Malaysia masih relevan dan akan terus berkembang meskipun berhadapan dengan cabaran maklumat digital dan media sosial, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata,perpustakaan akan masih relevan sekiranya ia boleh diubah untuk memenuhi keperluan maklumat oleh masyarakat.

“Perputakaan adalah institusi kebudayaan dan pelancongan yang penting. Menerusi pendigitalan, perpustakaan boleh terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat berdasarkan pengetahuan dan diuruskan oleh teknologi digital,” katanya ketika merasmikan Pertubuhan Antarabangsa bagi Persatuan dan Institusi Perpustakaan (IFLA) ke-84 Kongres Perpustakaan dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018 di sini hari ini.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa kongres ini akan menjana pendapatan lebih RM40 juta kepada Malaysia di samping membuka peluang untuk mempamerkan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, berkongsi amalan dalam pustakawan, pengurusan maklumat dan teknologi komunikas.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada ucaptamanya berkata, mewujudkan budaya membaca adalah tugas yang mencabar terutama dalam kalangan generasi muda yang lebih terikat kepada media sosial.

Oleh itu, langkah untuk mewujudkan perpustakaan digital adalah satu kelebihan untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada rakyat Malaysia.

“Pada 2017, Perpustakaan Negara giat mempromosi Perpustakaan Digital 2.0 menerusi program dan media sosial. Ia termasuk sesi latihan dalam talian, bengkel dan pameran.

“Hasilnya, mereka dapat melepasi sasaran penggunaan perpustakaan digital dengan 4.1 juta pengunjung.” katanya.

Pada masa sekarang terdapat 516 perpustakaan di bawah seliaan Perpustakaan Negara dengan keanggotaan yang mendaftar ialah 2.57 juta ahli termasuk 539,000 ahli dalam talian.

IFLA WLIC 2018, yang pertama kali Malaysia menjadi tuan rumah, dirasmikan oleh Presiden IFLA Gloria Perez-Salmeron hari ini..

Kongres tujuh hari itu bermula semalam dengan penyertaan 3,337 wakil dari 102 negara.- BERNAMA

Tags: perpustakaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

30/11/2023
0

MUAR: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga murid...

Jadikan Perpustakaan Sebagai Gedung Menuntut Ilmu

12/11/2018
0

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu melihat anak Pahang menjadikan semua 74...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd