• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon MCA Tuduh PH Rosakkan Poster

oleh
25/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tuduhan calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong Tan Chee Teong kononnya DAP merosakkan bahan kempen MCA adalah tidak berasas, kata calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki.

Wong berkata dakwaan tersebut dibuat melalui laman Facebook Tan yang pada mulanya berbunyi ‘Saya (Tan) akan mengadakan sidang media berhubung kerosakan bahan kempen MCA oleh DAP’, namun katanya kiriman tersebut telah disunting selepas seketika, dan pihaknya mempunyai ‘screen shot’ hantaran itu sebagai bukti.

“Saya kesal dengan perkara yang tidak bertanggungjawab ini, pihak MCA terus melakukan tuduhan tanpa sebarang bukti. Ini bukan sikap calon (Tan) yang kita semua nak. Kita perlukan satu pilihan raya yang adil dan telus.

“Justeru satu laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dibuat berhubung perkara ini dan MCA perlu memberi penjelasan kepada kami kerana ia merosakkan imej DAP,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir anggota DUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, yang juga pengarah PRK Pakatan Harapan DUN Balakong.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dari DAP dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, mendiang Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Tags: posterPRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

19/04/2026
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menghargai pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan untuk Kelantan oleh Perdana Menteri,...

Poster Bantuan RM1,500 Sempena Aidiladha Palsu – Fahmi

Poster Bantuan RM1,500 Sempena Aidiladha Palsu – Fahmi

24/06/2023
0

Kuala Lumpur : Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan sebaran berbentuk poster mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd