• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Matang Tunjuk Amalan Demokrasi Sihat

oleh
25/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sikap Kerajaan Negeri yang matang dalam berurusan dengan kerajaan Pusat mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata amalan itu menunjukkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan selain menunjukkan demokrasi sihat.

“Kita menunjukkan kerjasama baik dan tidak melakukan sabotaj yang hanya akan merugikan rakyat jika ia berlaku. Pendekatan kita adalah berunding mencari penyelesaian menang-menang,” katanya.

Fuziah, yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Indera Mahkota di Pejabat Khidmat Dewam Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini, hari ini.

Beliau berkata antara contoh kerjasama itu melibatkan kesudian Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi mengatasi masalah air di daerah ini yang menjejaskan lebih 80,000 akaun pengguna.

Katanya, Kerajaan Persekutuan akan menyumbang RM5 juta manakala selebihnya diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri yang juga mendapat sumbangan daripada Kumpulan Sokongan Industri Gebeng, selaku Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

“Begitu juga dalam hal berkaitan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang menerima peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, namun pelantikannya oleh Kerajaan Negeri.

“Ini memungkinkan timbul masalah di negeri yang ditadbir pembangkang dan untuk mengelakkan ia terjadi, saya telah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.

Fuziah menambah hasil perbincangan, mereka bersetuju supaya lantikan MPKK dibuat dengan penglibatan kedua-dua pihak, dengan mengambil kira kawasan yang dimenangi oleh sesebuah parti di sesebuah Parlimen menjadi anggota majoriti.

Bagaimanapun, beliau berharap perkara itu dapat diperincikan pada perbincangan akan datang, yang dijangkakan sebelum pertengahan September kerana lantikan MPKK akan dilakukan pada masa itu. – BERNAMA

Tags: Fuziah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd