• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serahkan Siasatan Kepada Pihak Polis – Irwan

oleh
25/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap isu pembayaran balik cukai, kata bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah.

Beliau berkata semua pihak dan pegawai terlibat dalam Jawatankuasa Aliran Tunai seharusnya memahami perkara itu.

“Mereka tahu kebenarannya dan prosedur operasi kewangan yang harus dipatuhi dalam mengurus kedudukan kewangan negara,” katanya menerusi kenyataan bagi mengulas isu tersebut di sini hari ini.

Jawatankuasa Aliran Tunai seliaan Kementerian Kewangan diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Allah mengetahui kebenaran dan akan melindungi mereka yang tidak bersalah,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa kerajaan terdahulu gagal mengembalikan lebihan cukai pendapatan dan keuntungan cukai hartanah berjumlah RM16.046 bilion pada akhir Mei lepas.

Terdahulu, beliau juga mendakwa bahawa bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.25 bilion belum dipulangkan berikutan kegagalan pemindahan wang yang mencukupi kepada tabung amanah yang berkaitan.

Dilaporkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahkan dakwaan Lim bahawa RM16.046 bilion lebihan cukai pendapatan dan keuntungan cukai hartanah masih belum dikembalikan kepada pembayar cukai sejak lebih enam tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Sabitah dilaporkan mengesahkan bahawa jumlah itu membabitkan 1,653,786 kes melibatkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan setakat 13 Mei tahun ini.

Beliau berkata penangguhan pengembalian cukai itu adalah berikutan kekurangan dana dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

Turut dilaporkan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam berkata jabatannya ketika mesyuarat bulanan meminta jawatankuasa Tabung Amanah untuk mengembalikan bayaran balik GST RM82.9 bilion, namun hanya RM63.5 bilion yang dikembalikan. – BERNAMA

Tags: Irwan Serigar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Hingga 3 Bulan Untuk Lulus Jaminan Kerajaan – Mohd Irwan

05/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu tempoh masa purata yang diperlukan Kabinet untuk memutuskan permohonan bagi Jaminan Kerajaan ialah satu...

Bicara Kes Najib, Irwan 52 Hari Bermula Januari

14/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 52 hari bermula 6 Januari tahun depan bagi perbicaraan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd