• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Rasmi Floria Diraja Putrajaya 2018

oleh
25/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Festival Floria Diraja Putrajaya 2018 di Presint 4 di sini hari ini.

Selepas menyampaikan titah perasmian, baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin meluang masa melawat tarikan utama di Floria Diraja 2018 iaitu Taman Diraja Perak.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Taman Diraja Perak memaparkan replika Istana Kenangan Kuala Kangsar dan arca Labu Sayung di tengah kolam yang dikelilingi bunga warna-warni diinspirasikan daripada taman diraja, selain replika Menara Jam Kuala Kangsar.

Baginda dilihat turut merakam sendiri gambar bunga-bungaan di taman itu.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin kemudiannya melawat The Enchanted Garden Perbadanan Putrajaya diikuti Rendevous Floria 2018 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Floral Pavillion yang memaparkan kreativiti dan rekaan bunga dari peserta luar negara.

Baginda berdua menghabiskan masa lebih dua jam melawat tarikan yang terdapat di Floria Diraja 2018.

Bertemakan 10 Kegemilangan Floria atau 10 Wonders of Floria, acara itu menghimpunkan lapan jenis bunga yang pernah menjadi tema festival itu sejak 2007 hingga 2016.

Ia dibuka kepada orang ramai mulai hari ini hingga 2 Sept mulai 9 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Tiket dewasa untuk rakyat tempatan (Isnin-Khamis) ialah RM12 dan RM15 (Jumaat hingga Ahad) manakala bagi kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas (warga Malaysia) ialah RM6 (Isnin-Khamis) dan RM8 (Jumaat-Ahad). Bagi bukan warganegara pula tiket berharga RM24 (Isnin-Khamis) dan RM30 (Jumaat-Ahad). Diskaun 20 peratus ditawarkan untuk pembelian dalam talian – BERNAMA

Tags: Floria Diraja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengunjung Floria Pada 31 Ogos Disaran Beli Tiket Dalam Talian

25/08/2018
0

PUTRAJAYA - Pengunjung Floria Diraja Putrajaya 2018 yang bercadang untuk mengunjungi festival bunga dan taman berkenaan selepas menyaksikan sambutan Hari...

Floria Festival Bunga Dan Taman Terbesar Serantau

25/08/2018
0

PUTRAJAYA — Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya kini adalah festival bunga dan taman yang terbesar di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd