• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thailand Temui Kenderaan Curi Malaysia Di Songkla

oleh
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONGKLA – Polis Thailand menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercaya diseludup dari Malaysia sebelum ditinggalkan di sebuah kampung di wilayah Songkla berhampiran sempadan kedua-dua negara.

Menurut Ketua Polis Gerakan Khas Bahagian ke-6 Kol Sompong Suwannawong, kenderaan Mitsubishi Triton itu berkemungkinan akan dijual di pasaran gelap di Myanmar.

“Polis menerima maklumat risikan mengatakan kenderaan itu dibawa masuk ke Thailand menerusi Sungai Golok, menuju ke Hatyai,” katanya kepada pemberita dan menambah, kenderaan itu ditemui di Kampung Thunprin, petang semalam.

Pemandu kenderaan itu dipercayai anggota sindiket curi kenderaan rentas sempadan bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum ketibaan pihak polis.

Ketika ditemui, kenderaan terbabit telah pun dilengkapi dengan nombor pendaftaran Thailand untuk mengelak ia ditahan pihak berkuasa di di sekatan jalanraya, katanya. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd