• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Gimik… Bukan Bayangan Hubungan Cinta Dengan Ernie”

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Syamel menyangkal dakwaan petikan ayat berbaur romantik yang dimuat naik di Instagram adalah bayangan tentang hubungannya dengan penyanyi Ernie Zakri.

Sebaliknya kata Syamel, 25, posting tersebut merupakan lirik lagu terbaharunya, Kau Pun Sama dan tujuan dia memetik (tag) nama Ernie kerana penyanyi itu turut bekerjasama menghasilkan lagu berkenaan.

“Bagi saya, apa yang saya buat ini lebih kepada sesuatu yang saya nak beritahu orang tapi secara tidak langsung.

“Hanya untuk jadikan benda itu lebih menarik dan mencabar. Jelasnya posting itu merupakan lirik lagu terbaharu saya.

Tindakan Syamel memetik (tag) nama Ernie di foto tersebut telah menimbulkan pertanyaan di kalangan netizen.

“Saya tag (petik) nama Ernie sebab dia turut bekerjasama menghasilkan lagu itu,” kata Syamel kepada mStar Online.

Tindakan Syamel memetik nama Ernie di posting tersebut tanpa menyertakan sebarang penjelasan menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen.

Malah, ada juga segelintir daripada mereka berangggapan pasangan itu bakal tampil dengan lagu duet terbaharu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Hidup Dalam Mati ini memberitahu lagu tersebut bukan lagu duet bersama Ernie.

Dalam pada itu, Syamel memberitahu tindakan dia memuat naik posting tersebut tanpa memberi sebarang penjelasan bukan gimik untuk mempromosikan lagu itu.

Ernie turut bekerjsama dalam menghasilkan lagu terbaharu Syamel.

Kata Syamel, masyarakat perlu ada pemikiran yang luas dan tahu membezakan gimik yang tidak sepatutnya dengan perkara yang dilakukan secara tidak langsung.

“Saya berasa seronok apabila membaca beberapa komen netizen yang tahu itu adalah lagu terbaharu saya. Sebab saya pun dah lama tak keluarkan lagu.

“Tapi pada mereka yang beranggapan ini adalah sebuah gimik, bagi saya, minda harus dibuka luas.

“Kita perlu tahu membezakan gimik apa yang tidak patut buat dengan sesuatu perkara yang kita lakukan secara tidak langsung,” katanya.

Lagu Kau Pun Sama itu dilancarkan di saluran YouTube pada pukul 2 petang, Jumaat. – mStar Online

Tags: Ernie Zakrisyamel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SUARA RINTIHAN ERNIE ZAKRI MENERUSI ‘SIRNA’

SUARA RINTIHAN ERNIE ZAKRI MENERUSI ‘SIRNA’

03/07/2023
0

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik 23 Nyanyikan OST Filem Kisah Seram Paling Ditunggu Tahun 2023 ‘Sumpahan Jerunei’ KUALA LUMPUR,...

Penganjur ‘Lari’, Showcase Syamel, Ernie Esok Batal

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Gara-gara penganjur menyepikan diri tanpa sebarang berita, penganjuran showcase penyanyi Syamel dan Ernie Zakri sempena minggu setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd