• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Perempuan Masa Kini Didapati Ketagih Telefon Bimbit

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Kajian terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama sekurang-kurang 15 jam.

Kajian melalui Internet itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih hanya lebih empat jam sehari.

Kajian itu juga mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.

Kebanyakannya menggunakan peranti itu untuk mengakses media sosial seperti Line, aplikasi mesej dan rangkaian telekomunikasi, selain permainan telefon pintar dan menghasilkan video.

Keputusan kajian itu dikeluarkan ketika penularan gejala tidak sihat semakin meningkat dalam kalangan remaja penagih teknologi mudah alih.

Keadaan hampir sama berlaku di China apabila didapati golongan remaja menjadi pengguna melampau telefon pintar.

Kata penganalisis, kecenderungan itu bakal mencetuskan perubahan neurologi dalam badan, sama seperti alkohol dan kokain.

Menurut firma itu, 96 peratus pelajar sekolah tinggi Jepun mempunyai telefon mudah alih, berbanding 60 peratus pelajar sekolah menengah.

Kajian juga menunjukkan hampir setiap empat daripada 10 kanak-kanak di tahun awal sekolah rendah berumur seawal 10 tahun menggunakan telefon genggam. – Agensi

Tags: pelajarTelefon Pintar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd