• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah 999 Tahun Juga Untuk Melayu

oleh Cj Mnh
23/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari, berkata janji manifesto Pakatan Harapan (PH) Perak berkaitan pemberian pajakan tanah 999 tahun turut membabitkan tanah orang Melayu di Kampung Tersusun dan peneroka FELDA.

Sambil menafikan dakwaan kononnya beliau pejuang masyarakat Cina dalam isu itu, Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi berkata sentimen sengaja dimainkan pihak tidak bertanggungjawab dengan mengabaikan pemberian kepada orang Melayu.

“Saya bukanlah pejuang bagi masyarakat Cina dalam mendesak isu pajakan 999 tahun tanah Kampung Baru di Perak.”

“Manifesto PH (Perak) di bawah teras ketiga iaitu ‘keadilan sosial dan demokrasi’ adalah untuk memberikan tanah hak milik kekal kepada bukan sahaja Kampung Baru, tetapi juga Kampung Tersusun dan peneroka FELDA,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pembangkang menjadikan perkara berkenaan sebagai isu perkauman dan Kampung Baru terus disebut-sebut tanpa disertakan Kampung Tersusun dan peneroka FELDA yang majoritinya adalah penduduk Melayu.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Korban Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Asrama Anak Yatim Darussalam, di Kampung Melayu Sungai Rapat, di sini.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata apa yang cuba diketengahkan adalah situasi semasa kerajaan negeri di bawah PH yang tidak ada masalah untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Saya sebagai seorang yang mendalami Perlembagaan menceritakan dari sudut undang-undang bahawa kerajaan negeri tidak ada masalah untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan di bawah teras ketiga.

“Sebagai makluman, kampung Tersusun dan peneroka FELDA penduduknya adalah majoriti Melayu, jadi tak timbul soal saya membela kaum Cina dalam isu tanah 999 tahun,” katanya.

Abdul Aziz berkata, percanggahan pendapat dengan Menteri Besar, hanyalah dari sudut Perlembagaan.

“Ia bukan soal pemberian hak milik tanah, kerana saya percaya Menteri Besar juga sependapat untuk menunaikan manifesto PH Perak secara keseluruhan.

“Saya hanya menjelaskan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 91 (5) tidak menyebut soal halangan kerajaan negeri memberikan hak milik kekal kepada penduduk Kampung Baru, Kampung Tersusun dan peneroka FELDA,” katanya.

Beliau berkata, Ahmad Faizal juga sudah mengesahkan tidak ada sebarang tekanan daripada mana-mana pihak berhubung isu itu termasuk tohmahan bahawa beliau mendesak Menteri Besar memberikan status tanah kekal kepada masyarakat Cina.

Katanya, isu itu dimainkan sebagai propaganda jahat.

Semalam media melaporkan Ahmad Faizal menegur Abdul Aziz berikutan kenyataannya berhubung status hak milik tanah 999 tahun bagi Kampung Baru yang dilihat bercanggah dengan keputusan kerajaan negeri.

Ahmad Faizal dipetik sebagai berkata, sesiapa sahaja boleh membuat pandangan namun dalam beberapa hal ia hendaklah dilakukan secara tertutup. – BH Online

Tags: Orang Melayupajakan tanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

Orang Melayu/ Islam Tolong Jangan Rugikan Undi Anda Kepada PN Pada PRU15

19/11/2022
0

KITA faham mungkin ada di kalangan orang Melayu ada ketidakpuasan hati dengan individu tertentu dalam BN/UMNO. Namun, mengundi untuk memilih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd