• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Malaysia Mula Laksana Ibadat Melontar

oleh Cj Mnh
21/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Jemaah Malaysia mula melakukan ibadat melontar yang pertama iaitu di Jamratul Kubra pada petang ini ketika seluruh Arab Saudi merayakan Aidiladha.

Kumpulan jemaah pertama mula melakukan ibadat itu kira-kira jam 4 petang, sebagaimana. jadual yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah Malaysia iaitu selepas Asar.

Melontar di Jamratul Kubra kesinambungan daripada dua ibadat Masyair penting yang sudah mereka sempurnakan iaitu wukuf yang dianggap kemuncak haji di Arafah dan bermalam di Muzdalifah pada siang dan malam Isnin.

Sebelum itu, jemaah Malaysia meninggalkan Arafah menuju ke Muzadalifah secara berperingkat-peringkat bermula jam 6.15 petang Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengucapkan tahniah kepada petugas Tabung Haji (TH) di atas komitmen yang mereka tunjukkan dalam mengatur pergerakan dan menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia.

Menurutnya, sepanjang bersama rombongan haji Malaysia pada musim ini beliau dapat melihat komitmen tinggi petugas yang lebih mengutamakan jemaah berbanding keselesaan diri sendiri.

“Saya lihat ramai petugas yang batuk dan demam seperti jemaah juga tapi mereka tak hiraukan keadaan kesihatan mereka kerana yang lebih penting ialah menyempurnakan tugas menyantuni Dhuyufurrahman.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan. Teruskan kecemerlangan anda semua dan teruskan mengharumkan nama Malaysia,” katanya dalam ucapan ringkas selepas solat Maghrib bersama petugas TH.

Sementara itu, proses pergerakan jemaah haji dari Arafah ke Muzdalifah dan Mina berjalan lancar pada Isnin.

Bas pertama membawa jemaah dari Arafah ke Muzdalifah yang jaraknya kira-kira tujuh kilometer, bertolak pada jam 6.15 petang dan tiba dalam masa 45 minit kemudian.

Di Muzdalifah, jemaah berada di situ sehingga separuh malam iaitu jam 11.55 malam dan mereka juga disunatkan mengutip sekurang-kurang 70 anak batu sebagai persediaan untuk melontar.

Selepas selesai melontar di Jamratul Kubra, jemaah akan terus berada di Mina untuk bermabit atau bermalam dari 11 hingga 13 Zulhijjah (22 hingga 24 Ogos). – BH Online

Tags: Jamratul Kubrajemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd