• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Nasional Ketiga Perlu Terokai Kenderaan Jimat Tenaga

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar hari ini mengesyorkan agar projek kereta nasional ketiga menerokai kenderaan jimat tenaga sebagai pelaburan terasnya.

Beliau berkata bahan bakar fosil mungkin boleh bertahan 25 tahun lagi atau kurang daripada tempoh itu dan dengan itu wujud keperluan untuk melakukan perubahan segera dalam usaha untuk beralih kepada penggunaan tenaga yang lebih lestari.

Pengeluar kenderaan seperti BMW, Mercedes, Porsche dan Nissan semuanya telah mengeluarkan kereta bandwagon elektrik dalam usaha untuk menerokai pemasaran dan pengkomersialan sebagai pilihan untuk jangka panjang, katanya dalam kenyataan.

“Untuk masa depan, pastinya, pilihannya ialah kenderaan elektrik (EV). Evolusi daripada kenderaan menggunakan bahan bakar fosil kepada EV telahpun bermula. Pada ketika ini, semasa dunia terus menonton perlumbaan F1, perlumbaan Formula E-racing semakin mendapat tempat di hati peminat.

“Bagi saya ini cara berdaya maju “untuk masa depan’. Oleh itu, saya pasti manfaat mempunyai kereta nasional ketiga jelas akan mengatasi sebarang kekurangannya,” kata naib presiden PKR itu.

Sekiranya EV dikeluarkan secara besar-besaran di sini pada masa depan, Dr Xavier Jayakumar berkata lebih ramai orang akan mempunyai pilihan untuk beralih kepada kenderaan lebih mesra alam sekitar pada harga lebih mampu milik.

“Pembelajaran teknologi baharu akan mendorong generasi muda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang itu dan Malaysia boleh menjadi peneraju dalam segmen automobil itu bukan sahaja di rantau ini tetapi juga peringkat global.

“Industri kereta EV secara relatifnya adalah bidang baharu dengan Elon Musk’s Tesla menerajuinya pada ketika ini. Peluang untuk menarik golongan belia kita menceburinya dan mengembangkannya adalah tiada hadnya. Biar kerajaan menerajui idea ini,” katanya.

Dr Xavier Jayakumar berkata sejak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir, beliau telah menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan kereta nasional ketiga dalam usaha untuk merangsang dan meningkatkan ekonomi.

Bagaimanapun, katanya hasrat Dr Mahathir itu telah dikritik berikutan prestasi keseluruhan Proton, kereta nasional pertama yang diilhamkannya.

Dr Xavier Jayakumar berkata baru-baru ini dilaporkan bahawa dua syarikat China bersedia melabur sehingga US$10 billion (RM41 bilion) untuk memulakan projek itu bagi lima tahun pertama.

Selain itu, cadangan Dr Mahathir itu turut menarik minat beberapa pengeluar kereta Jepun seperti Toyota dan Nissan, katanya.

“Pada pendapat saya, sekiranya urusan itu berjaya, ia akan memanfaatkan negara dan rakyatnya untuk jangka panjang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Xavier Jayakumar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Dapat Dielakkan

23/04/2019
0

BANGI - Gangguan bekalan air di Lembah Klang Rabu ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan tidak timbul masalah air pada...

Kaji Guna Sumber Air Bawah Tanah – Xavier

18/12/2018
0

SHAH ALAM – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang melakukan kajian secara menyeluruh bagi melihat potensi air bawah tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd