• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Nasib Pemandu Teksi? Selepas Grab, Kini Diffride!

oleh
21/08/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lagi berita kurang menyenangkan buat pemandu teksi!

Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini melancarkan perkhidmatan e-hailing baharu dikenali sebagai diffride.

Diffride yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada orang ramai seperti Grab malah cuma mengenakan yuran tetap RM5 kepada pemandunya pada setiap hari.

“Kami adalah pembekal perkhidmatan e-hailing pertama di Malaysia menawarkan bayaran flat RM5 kepada rakan-rakan pemandu kami untuk menghubungkan mereka dengan para penumpang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Diffride, Hannah Yong.

Hannah berkata, orang ramai yang memerlukan perkhidmatan e-hailing Diffride cuma perlu memuat turun aplikasi Diffride untuk menyambungkan mereka dengan pemandu Diffride terdekat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjanji kepada pemandu teksi untuk mengkaji semula operasi aplikasi e-hailing seperti Grab bagi membela nasib pemandu teksi dan kereta sewa.

Mahathir yang kini Perdana Menteri dilaporkan berkata demikian oleh pihak media semasa acara sembang santai dan dialog bersama pemandu pelancong Langkawi pada April lalu.

“Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia. Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak, ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti,” kata Mahathir ketika itu.

Pemandu teksi diketahui umum antara pihak yang paling giat berkempen untuk Pakatan Harapan pada PRU-14. – MYNEWSHUB.TV

Tags: e-hailing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd