• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daim Cadang Temu PM Bincang Masa Depan CEP

oleh
21/08/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin berkata beliau bercadang menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetahui kedudukan masa depan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) setelah mandat 100 harinya kini berakhir.

Daim berkata CEP akan mengemukakan laporan yang mengandungi perakuan-perakuannya kepada Dr Mahathir sebaik saja beliau pulang dari China. Lawatan rasmi lima hari Dr Mahathir ke China berakhir esok.

“Mandat kami ialah untuk100 hari. Hari akhir kami ialah semalam. Bila beliau (Dr Mahathir) pulang, saya akan buat janji temu dan membincangkan dengan beliau tentang peranan yang beliau fikirkan (untuk CEP),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bekas menteri kewangan itu memberi perhatian bahawa bagi pasukan CEP, mereka telah menyelesaikan tugas 100 hari mereka dan “setiap orang telah kembali ke tugas (asal) masing-masing”.

Dr Mahathir pada Khamis berkata CEP tidak akan dibubarkan dulu oleh kerana khidmatnya masih diperlukan.

Daim menyatakan bahawa para anggota CEP merupakan sukarelawan yang telah, pada ketika tertentu bertugas hingga 4 pagi, untuk menyiapkan laporan.

“Kalau perdana menteri nak sambung, mereka ini bermajikan di tempat lain. Mereka sukarelawan di sini (CEP), mereka kena balik pada kerja (asal). Saya rasa kerajaan perlu fikirkan ini,” katanya.

Tentang sama ada beliau sedia menerima idea agar CEP diwujudkan secara kekal. Daim berkata, “Dalam hidup, tidak ada yang kekal kecuali membayar cukai”.

Mengenai dakwaan CEP telah diberikan terlalu banyak kuasa, Daim menafikannya, dan berkata peranan majlis itu hanya untuk mengumpul dan menganalisis maklumat dan menawarkan nasihat.

CEP dibentuk pada 12 Mei oleh Dr Mahathir untuk bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal ekonomi, kewangan dan lain-lain.

Selain Daim, anggota lain CEP ialah bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, taikun perniagaan Robert Kuok dan pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram.

CEP mempunyai dua jawatankuasa di bawah seliaannya, iaitu Jawatankuasa Reformasi Institusi dan Jawatankuasa menyiasat skandal 1Malaysia Development Bhd.

Mengenai perkara lain, Daim berkata CEP berpendapat tidak bijak menghapuskan kutipan tol buat ketika ini memandangkan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang mencabar pada masa ini.

“Saya kira rakyat faham,” katanya. – BERNAMA

Tags: CEPTun Daim Zainuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

03/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, memerintahkan aset luar negara milik isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun...

Tun Daim Meninggal Dunia

Tun Daim Meninggal Dunia

13/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini pada usia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd