• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang Alat RDD Bukan Kejadian Pertama

oleh
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan rapi sedang dilakukan berhubung kehilangan sebuah alat Radiografi Perindustrian (RDD) mengandungi isotop radioaktif iaitu Iridium 192 yang dilaporkan hilang pada 10 Ogos ​​​lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini bukan kejadian kali pertama kehilangan peralatan tersebut kerana kes sama pernah dilaporkan tahun lepas.

“Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku dan difahamkan pernah berlaku pada tahun lepas. Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak tampil untuk memaklumkan telah menemui alat berkenaan setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Gotong-Rotong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung kehilangan alat RDD seberat 23 kilogram dan berharga kira-kira RM75,000 milik sebuah syarikat di Shah Alam itu.

Alat berkenaan dilaporkan hilang ketika dibawa pulang oleh dua juruteknik sebuah syarikat dari Seremban ke Shah Alam antara jam 2 pagi hingga 3 pagi pada 10 Ogos lepas.

Alat yang memancarkan radiasi Beta dan Gamma itu dikhuatiri disalah guna termasuk oleh pengganas bagi membuat bom.

Mohamad Fuzi turut mengesahkan dua pekerja syarikat tersebut telah ditahan reman sehari selepas kejadian namun telah dibebaskan pada Jumaat lepas selepas kenyataan kedua-dua individu warga tempatan itu selesai direkod.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata PDRM sedang bekerja sama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menyiasat laporan dan mengenal pasti suspek susulan penemuan bom di Narathiwat, Selatan Thailand yang didakwa dibuat di negara ini.

“Kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat,”katanya.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata laporan berhubung penemuan bom itu yang turut menyenaraikan nama lapan suspek akan diserahkan kepada Bukit Aman.

Ini susulan Polis Diraja Thailand menemui 41 butir bom buatan sendiri bersama alat peledaknya di dalam sebuah trak pikap yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Kampung Saring, Daerah Takbai pada Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Fuzi Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Judi Taja Lawatan Kerja KPN Ke Turki

13/02/2019
0

PUTRAJAYA - Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi...

Abu Bakar Bashir Akan Dipantau Rapi – KPN

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman jika beliau dibebaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd