• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Acara Antara Regu Lelaki Sukan Asia Selesai

oleh
20/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap skuad antara regu lelaki sepak takraw akan mempamerkan persembahan terbaik mereka pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas penyertaan Malaysia dalam acara itu diselesaikan hari ini.

“Kami percaya oleh kerana perkara itu sudah diselesaikan, kami perlu alih fokus kami untuk melakukan yang terbaik dalam acara itu. Kami berharap atlet-atlet akan mempamerkan permainan terbaik mereka di gelanggang,” kata Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan.

Mohamad Norza turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Olimpik Asia (OCA), khususnya Pengarah Jabatan Sukan Asia Haider Farman atas sokongan dengan mempamerkan semangat keadilan berhubung isu itu.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan Asia Indonesia 2018 (INASGOC), presidennya Erick Thohir dan pasukan beliau atas bantuan dan kerjasama untuk menyelesaikan isu itu dengan baik dan juga kepada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) atas keupayaan mereka memastikan penyelesaian yang adil dan saksama,” katanya.

Penyertaan Malaysia dalam acara antara regu lelaki menjadi tanda tanya selepas Malaysia tidak disenaraikan dalam acara sasaran pingat emas itu, dan hanya disenaraikan dalam acara regu dan beregu berpasukan.

Pada Jumaat, Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader mengesahkan pendirian badan itu untuk kembali menyenaraikan Malaysia dalam acara antara regu demi kesejahteraan sejagat dan hubungan muhibah negara-negara serantau. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd