• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cromok Perkenal ‘Thrashditional’ Sempena Konsert Di Pasir Gudang

oleh Cj Mnh
20/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kumpulan metal tempatan, Cromok memperkenalkan genre muzik terbaharu yang digelar ‘thrashditional’ bagi memberi kelainan dan dimensi baharu dunia muzik.

Genre tersebut menggabungkan elemen muzik thrash dan tradisional irama ghazal.

Sebagai pengenalan kepada thrashditional khusus untuk peminat mereka, Cromok akan mengadakan Konsert Metal Legend II Live in JB di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru pada 8 September ini.

Menurut ketua kumpulan Cromok, Karl, idea menghasilkan genre thrashditional tersebut lahir daripada perkongsian anggotanya yang mahu menampilkan perbezaan dengan irama lain.

Tambahan pula katanya, Cromok sebelum ini pernah mempopularkan lagu Metallurgical yang menggabungkan intro lagu tradisional Ulik Mayang sehingga menjadi kegilaan satu ketika dahulu.

“Untuk membuatkan penonton tertarik dan hadir ke persembahan konsert, kita perlu sentiasa ada kelainan. “Kali ini kami mahu masukkan irama ghazal kerana negeri Johor terkenal dengan muzik ini.

“Justeru dalam konsert tersebut, Cromok akan bergabung dengan kumpulan ghazal Sri Aras Johor,” kata Karl.

Selain Cromok, turut membuat persembahan dalam konsert tersebut ialah kumpulan Sil Khannaz yang popular dengan lagu-lagu metal dan keras.

Tiket konsert yang berharga di antara RM48 sehingga RM250 boleh dibeli secara dalam talian di www.ilassotickets.com atau www.stubapp.com. – UTUSAN ONLINE 

 

Tags: CromokStadium Pasir Gudang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cromok, Sil-khannaz Gegar Pasir Gudang

09/09/2018
0

PASIR GUDANG - Lagenda thrash metal, kumpulan Cromok buat pertama kali mengadakan persembahan di Johor di hadapan kira-kira 2,000 peminat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd