• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasaan Perkhidmatan Kosmetik, Estetik Ditingkatkan

oleh Cj Mnh
20/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan terapi estetik dan kosmetik bagi menangani penawaran khidmat kecantikan yang melanggar undang-undang, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata mana-mana pusat yang menawarkan perkhidmatan pengamal perubatan tidak bertauliah akan diambil tindakan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Penguatkuasaan dan pemantauan adalah yang sangat penting. Setiap kali aduan dibuat, kami ambil perhatian dan terus berikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan susulan.

“Anda bertanggungjawab untuk ambil tahu ke mana anda pergi. Jangan bila sudah cacat atau berlaku apa-apa kemudaratan, baru mahu salahkan pihak lain,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung pengalaman seorang wartawan yang tersalah suntik lima kali ketika cuba mendapatkan suntikan pemutihan di sebuah kondominium di ibu negara.

Laporan itu turut mendakwa prosedur itu dikendalikan oleh seorang gadis yang mendakwa pernah menjadi jururawat di sebuah hospital di Jalan Tun Razak dengan caj RM200.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata tiada keperluan buat masa ini untuk meminda mana-mana akta atau peruntukan kerana ia sememangnya sudah lengkap bagi mengekang ‘pakar kecantikan palsu’.

“Daripada sudut akta dan peruntukan, semua sudah cantik dan lengkap, saya sendiri tengok dalam amalan (akta) itu.

“Apa yang paling penting sekarang ini adalah tindakan penguatkuasaan dan pemantauan supaya mesej yang kuat dapat dihantar semua yang menyalahgunakan amalan itu,” katanya. — BERNAMA

Tags: estetikkosmetik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Kesihatan P. Pinang Serbu Pemborong Produk

25/10/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Sebuah premis pemborong kosmetik di sebuah pasar raya besar di sini diserbu sepasukan pegawai dan anggota daripada...

Pakar Kecantikan ‘Jadian’ Ancam Nyawa

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Lebih 20,000 ‘pakar’ kecantikan atau estetik tidak bertauliah didakwa bebas menawarkan khidmat rawatan kecantikan di negara ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd