• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Sahkan Serbu Kelab Gay, Mahu Banteras Gejala Songsang

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan satu ‘serbuan’ dilancarkan ke atas sebuah kelab gay terkenal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, serbuan yang dilakukan menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) siri ke-46, dilakukan sebagai satu usaha untuk membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, Ops Bah itu diketuai Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

“Selain itu operasi turut dilakukan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin dan PPR Sri Aman.

“Pihak Kerajaan sangat serius dalam membanteras pemahaman serta gejala songsang dan radikal ini. Semoga inisiatif yang diambil ini, dapat membendung budaya LGBT dari terus merebak ke dalam masyarakat kita,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Baru-baru ini, sebuah kelab gay didakwa beroperasi lebih 30 tahun di Bukit Bintang, diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Bah.

Sinar Harian melaporkan, ketika serbuan, kira-kira 60 lelaki termasuk pengunjung dan pelayan, serta dua wanita merupakan pekerja berada dalam kelab itu.

Hasil pemeriksaan mendapati kelab berkenaan merupakan tumpuan pelancong asing dan warga tempatan.

Seramai 20 lelaki Melayu diberi notis kaunseling oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). – mStar Online

Tags: gayKhalid Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

21/03/2024
0

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd