• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Bebas Penyakit Berjangkit Di Arafah

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINA – Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq al-Rabiah berkata tiada tanda-tanda sebarang penularan wabak penyakit berlaku ketika hampir 2 juta jemaah haji dari seluruh dunia berdepan hujan lebat sejak semalam, untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Hujan lebat dan ribut petir memaksa jemaah haji berlindung di khemah-khemah dan mengharung air dengan amaran pertahanan awam mengatakan kemungkinan banjir akan berterusan sepanjang malam.

Semua jemaah dijangka tiba di Gunung Arafah pagi ini untuk wukuf dengan sambutan menjelang Aidiladha atau Hari Raya Korban bermula esok apabila mereka mula keluar untuk upacara melontar selama tiga hari.

Pihak berkuasa sudah bersiap-sedia beberapa bulan lebih awal untuk memastikan keselamatan jemaah, kata al-Rabiah kepada Reuters.

Katanya lebih daripada 30,000 pekerja kesihatan mengendalikan 25 hospital dan menawarkan perkhidmatan perubatan percuma, termasuk prosedur yang kompleks seperti pembedahan jantung.

“Syukur kepada Tuhan, semuanya kini terkawal dan keadaan kesihatan sangat baik,” katanya dalam satu wawancara di Hospital Awam Mina.

Potensi penyebaran penyakit di kalangan jemaah haji, yang menghabiskan masa lima hari di penempatan yang rapat, sering makan di luar dan tidur di atas lantai sering menjadi kebimbangan utama.

Pada masa lalu, perhimpunan umat Islam terbesar di dunia itu menyaksikan beberapa tragedi berdarah seperti rempuhan, kebakaran dan rusuhan, dengan pihak berkuasa kadang-kala berdepan halangan untuk bertindak balas.

Insiden rempuhan pada 2015 mengorbankan hampir 800 jemaah haji, menurut Riyadh, walaupun ada negara terbabit mendakwa ia mencecah 2,000 korban, lebih 400 daripadanya adalah warga Iran.

Musim haji dan umrah menjana pendapatan berbilion dolar setiap tahun kepada Arab Saudi.

Pihak berkuasa menyasarkan untuk meningkatkan angka jemaah umrah dan haji kepada masing-masing 15 juta dan 5 juta menjelang 2020 dan berharap jumlah jemaah umrah meningkat kepada 30 juta menjelang 2030. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Arab Saudijemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd